MH17:News/7 August 2014

MH370 DECODED
Revision as of 06:44, 20 January 2025 by GrantM (talk | contribs)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to navigation Jump to search

Thursday, 7 August 2014



News Summary





Media Statements

Thursday, August 07, 05:55 AM GMT +0800 Kenyataan Media YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pertahanan Malaysia



Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Koordinasi Persediaan Pelaksanaan Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia Tragedi Pesawat MH17

Kuala Lumpur, 7 Ogos 2014


Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Koordinasi Persediaan Pelaksanaan Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia Tragedi MH17 hari ini telah memperincikan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian dan Agensi yang terlibat dalam urusan ini.

Mesyuarat ini diadakan susulan keputusan Jemaah Menteri yang mahukan Jawatankuasa Koordinasi ini yang dinaungi oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat persediaan rapi bagi menyambut dan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah-jenazah warganegara Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17.

Sebelum ini, setiap Kementerian dan agensi yang terlibat telah mengadakan beberapa siri perbincangan di peringkat masing-masing berhubung tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan. Di samping itu, Jawatankuasa Operasi melibatkan pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Agensi yang berkenaan juga telah mengadakan dua mesyuarat penyelarasan pada 25 dan 31 Julai lalu berhubung perkara ini.

Cadangan dan pandangan yang dikemukakan dalam Mesyuarat Koordinasi ini akan terus dibentang kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri sebelum diperhalusi dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh beliau pada minggu hadapan.

Mesyuarat hari ini memberi tumpuan kepada 3 lokasi utama melibatkan nahas MH17 iaitu i) kawasan nahas di Ukraine; ii) pengurusan pengecaman jenazah di Amsterdam, Belanda; dan iii) pengurusan menerima jenazah rakyat Malaysia di negara ini.

Tumpuan di lokasi nahas merangkumi usaha mengkoordinasi pencarian mayat/cebisan mayat mangsa MH17 yang masih belum ditemui untuk dibawa segera ke Amsterdam, Belanda, bagi tujuan pengecaman. Dalam hal ini, Malaysia telah menghantar 80 anggota PDRM (12 pegawai forensik dan 68 anggota) diketuai oleh Ketua Polis Negara pada 5 Ogos lalu. Mereka telah berada di Soledar dan berjaya memasuki kawasan nahas (ground zero). Selain operasi mencari mayat mangsa di tapak nahas, pasukan PDRM juga turut mengumpul bukti bagi tujuan siasatan.

Manakala pengurusan pengecaman jenazah di Amsterdam, Belanda pula terus memberi tumpuan kepada usaha mengenal pasti dan mengecam identiti mangsa yang terlibat. Berhubung perkara ini, Malaysia telah menghantar 22 orang pakar forensik dari Malaysia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti forensik dan pengecaman mayat-mayat mangsa. Sejajar dengan persetujuan yang dicapai hasil rundingan YAB. Perdana Menteri dengan Ketua Kumpulan pemisah pro-Rusia, Alexander Borodai pada 21 Julai lalu, sebanyak 226 buah keranda yang mengandungi mayat dan anggota badan mangsa pesawat MH17 telah dipindahkan dari Donestk, Ukraine ke Amsterdam, Belanda.

Bagi persiapan upacara menerima jenazah di Malaysia, Mesyuarat telah memutuskan agihan tugas bagi setiap kementerian yang terlibat seperti berikut:

i) Kementerian Pertahanan:

- Mengkoordinasi Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

- Menteri Pertahanan sebagai Penyelas Jawatankuasa Koordinasi

ii) Kementerian Luar Negeri:

- Mengkoordinasi perhubungan dan komunikasi antara Malaysia, Belanda dan Ukraine.

- Duta Besar Malaysia di Belanda sebagai ‘focal point’ di Amsterdam.

iii) Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:

- Mengkoordinasi dengan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung pengurusan dan pengebumian jenazah di negeri, daerah dan kampung.

iv) Kementerian Pengangkutan:

- Sebagai Sekretariat Jawatankuasa Koordinasi.

v) Kementerian Komunikasi dan Multimedia:

- Mengkoordinasi pengurusan media.

vi) Kementerian Kesihatan:

- Bertanggungjawab berhubung segala isu berkaitan keadaan dan pengecaman jenazah di Amsterdam khususnya dalam soal kesihatan.

vii) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:

- Bertanggungjawab dalam soal hubungan dengan keluarga mangsa.

viii) Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB. Dato’ Seri Jamil Khir Baharom:

- Pengurusan dan pengebumian jenazah mangsa beragama Islam.

ix) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Tan Sri Joseph Kurup;

- Pengurusan dan pengebumian jenazah bukan Islam.

x) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Dato’ Wee Ka Siong,

- Membantu YB. Tan Sri Joseph Kurup berhubung pengurusan dan pengebumian jenazah bukan Islam.


-tamat-

Source: YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Minister of Defence of Malaysia MINDEF-MH17-7August2014