MH17:News/23 August 2014

MH370 DECODED
Jump to navigation Jump to search

Saturday, 23 August 2014



News Summary





Media Statements


Saturday, August 23, 06:30 PM GMT +0800 Menteri Pengangkutan Malaysia Kenyataan Akhbar Tragedi MH17

Kami ingin memaklumkan bahawa kami sedang menanti kepulangan dua rakyat Malaysia mangsa nahas tragedi MH17. Jenazah akan tiba esok 24 Ogos 2014 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi.

Ketibaan jenazah Encik Mohd Ghafar bin Abu Bakar dan Puan Ng Shi Ing akan disambut dengan satu istiadat sebagai tanda penghormatan. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, bersama dif-dif terhormat dan keluarga mangsa akan hadir untuk menerima ketibaan kedua-dua rakyat Malaysia kepangkuan keluarga tersayang.

Pada hari Jumaat 22 Ogos, rakyat Malaysia telah bersatu untuk berkabung dengan kepulangan 20 mangsa MH17. Saya menyeru sekali lagi untuk kesemua rakyat Malaysia menyambut pulang dua lagi mangsa tragedi ini esok. Sekali lagi, saya merakamkan ucap takziah dan simpati kepada keluarga-keluarga mangsa.

-end-

Source: Ministry of Transport (Malaysia) MOT-MH17-23August2014